Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet Ambilan 12
Sebelum Pegawai Kadet pengambilan baharu memulakan perkhidmatan mereka di bawah PASUKAN SIMPANAN (PALAPES) LAUT, satu majlis angkat sumpah akan diadakan bertujuan untuk memastikan segala rahsia-rahsia negara, aktiviti atau sebarang latihan ketenteraan tidak didedahkan, syarat-syarat semasa dalam perkhidmatan tentera dipatuhi dan sebagainya. Semasa Majlis Angkat Sumpah, wakil kadet / ketua platun akan mengetuai bacaan ikrar diikuti dengan kadet yang lain di hadapan Pegawai Koordinasi Palapes UPM, LT MOHD SYAHIRUDDIN BIN HAMSIN TLDM. Selepas itu, Pegawai Koordinasi akan menyampaikan beberapa amanat dan ucapan kepada pegawai-pegawai kadet yang telah menempatkan diri mereka secara tidak langsung dalam organisasi ketenteraan. Para jurulatih TLDM dan barisan Pegawai Simpanan yang telah ditauliahkan juga turut serta dalam Majlis Angkat Sumpah. Mereka adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberi tunjuk ajar dan memastikan pegawai k