Upacara Kawad Konvo Sesi 2016/2017
Upacara kawad konvo telah diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-40 Universiti Putra Malaysia.Upacara ini telah berlangsung pada 22 Oktober 2016, bersamaan dengan tarikh permulaan Majlis Konvokesyen ini bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Upacara kawad konvo ini melibatkan anggota PALAPES (Darat) dan PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia. Kekuatan anggota PALAPES yang terlibat dalam upacara ini adalah seramai 98 pegawai dalam latihan serta 2 pegawai muda. Upacara kawad konvo ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Gambar kenangan bagi semua anggota yang terlibat dalam Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah