Karnival Sukan Palapes Laut (KSPL) 2016
Karnival
Sukan PALAPES Laut tahun ini yang telah berlangsung pada 16 dan 17 April 2016
telah diadakan di Universiti Malaya (UM) dan telah dirasmikan oleh Pegawai
Memerintah KD SRI KLANG, Kapten Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah
PSSTLDM. Acara sukan tahunan PALAPES Laut di bawah naungan KD SRI KLANG ini
disertai empat unit PALAPES (Laut) institusi pengajian tinggi – Universiti
Malaya (UM) sebagai tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM) ,Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Laut Malaysia (ALAM).
Karnival
sukan ini turut disertai warga Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) KD SRI
KLANG yang bertanding di dalam lapan acara – larian kampus (road relay), bola
tampar, hoki geladak, renang, bola jaring, bola sepak, futsal dan badminton.
Karnival
Sukan Palapes Laut (KSPL) berperanan untuk merapatkan ukhuwah sesama anggota
dan mencungkil bakat warga PALAPES yang mempunyai potensi besar untuk bersaing
di peringkat yang lebih global seterusnya mempromosikan gaya hidup sihat bagi
menjamin tahap kecergasan mental dan fizikal berada dalam keadaan yang terbaik.
Comments
Post a Comment