Annual Camp Training (ACT) Fasa 3

Annual Camp Training (ACT) fasa 3 merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dikhususkan kepada bakal pegawai peringkat ‘Senior Cadet’ setelah satu tahun bergiat dalam PALAPES Laut sebelum bergelar Junior Midshipment yang berlangsung di KDSI (Kapal Diraja Sultan Idris), Lumut, Perak. Pelbagai aktiviti yang dilakukan disana semasa ACT berlangsung seperti menembak, tangkas, belayar, latihan fizikal, kawad dan sebagainya. Latihan  ini berlangsung selama dua minggu yang dijalankan pada cuti semester sesi 1 setiap tahun.

Latihan ini dapat meningkatkan  ketahanan mental dan fizikal bakal pegawai, memantapkan ilmu-ilmu ketenteraan dan menambah  ilmu-ilmu tentang kelautan. Selain itu, latihan ini juga dapat memupuk sikap tanggungjawab seorang bakal pegawai terhadap sesuatu tugas yang diberikan dan dapat memupuk bakal pegawai tentang ketepatan masa dan cara menguruskannya. Setiap fasa latihan yang dilakukan sangat bermakna dan penting bagi seorang bakal pegawai untuk melatih diri mereka untuk menjadi seorang pegawai PSSTLDM.










Comments

Popular posts from this blog

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Annual Continuous Training (ACT) Senior Midshipmen : Fasa 6 2018

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1