Posts

Showing posts from January, 2016

Program Jiwa Murni Sesi 2015/2016

Image
Jiwa Murni merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia. Program yang wajib diadakan setiap tahun ini merupakan program yang berbentuk aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti yang dijalankan pada sesi 2015/2016 merupakan aktiviti bersama anak-anak gelandangan dari Sekolah Jalinan Kasih. Program ini telah diadakan di Bukit Ekspo dan Muzium Warisan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi  (FBMK), Universiti Putra Malaysia. Selain daripada PALAPES (Laut) UPM, program ini juga turut disertai oleh  warga KD Sri Klang. Program ini secara amnya bertujuan untuk memupuk nilai kasih sayang dalam diri setiap pelatih. Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama sehari. Program Jiwa Murni  ini disertai oleh pelatih yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu Senior Midshipmen , Senior Kadet dan Kadet. Aktiviti di dalam progam ini lebih tertumpu kepada meraikan anak-anak Jalinan Kasih. Mereka juga turut  dibawa melawat muzium di FBMK, UPM.

Senam Seni PALAPES - SUKSIS

Image
Senam Seni PALAPES dan SUKSIS merupakan satu bentuk riadah yang menyeronokkan dimana para anggota PALAPES Laut dan Darat serta SUKSIS beramai-ramai melakukan senamrobik berirama bersama. Senam seni PALAPES-SUKSIS telah diadakan pada 11 Ogos 2015 bertempat di padang kawad UPM. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang menekankan kesihatan bersama serta dapat mengeratkan silaturrahim antara anggota PALAPES dan SUKSIS. Dengan berpandukan pasukan senamrobik di atas pentas serta diiringi lagu yang rancak dan dikelilingi rakan seperjuangan, tentulah bersenam menjadi lebih mudah dan ceria.