Program Jiwa Murni Sesi 2015/2016




Jiwa Murni merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia. Program yang wajib diadakan setiap tahun ini merupakan program yang berbentuk aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti yang dijalankan pada sesi 2015/2016 merupakan aktiviti bersama anak-anak gelandangan dari Sekolah Jalinan Kasih. Program ini telah diadakan di Bukit Ekspo dan Muzium Warisan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi  (FBMK), Universiti Putra Malaysia. Selain daripada PALAPES (Laut) UPM, program ini juga turut disertai oleh  warga KD Sri Klang.

Program ini secara amnya bertujuan untuk memupuk nilai kasih sayang dalam diri setiap pelatih. Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama sehari. Program Jiwa Murni  ini disertai oleh pelatih yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu Senior Midshipmen, Senior Kadet dan Kadet. Aktiviti di dalam progam ini lebih tertumpu kepada meraikan anak-anak Jalinan Kasih. Mereka juga turut  dibawa melawat muzium di FBMK, UPM. Program ini diakhiri dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah di Dewan Jauhari, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah.



Pelatih bersama anak-anak Jalinan Kasih


Aktiviti Pecah Belon


Menyambut  ketibaan anak-anak jalinan kasih

Comments

Popular posts from this blog

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Annual Continuous Training (ACT) Senior Midshipmen : Fasa 6 2018

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1