Posts

Showing posts from August, 2016

Majlis Comball 2016

Image
Majlis Comball merupakan sebuah majlis makan malam penuh istiadat yang diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai muda (Laut) yang baru sahaja ditauliahkan. Pegawai-pegawai muda beserta pasangan mereka akan menikmati hidangan makan malam dengan penuh etika. Pada tahun ini, pegawai-pegawai muda UPM yang diraikan terdiri daripada anggota PALAPES UPM (Laut) ambilan 10. Tuan rumah bagi Majlis Comball tahun 2016 merupakan Kapal Diraja Sri Klang (KDSK). Majlis Comball tahun 2016 telah berlangsung di Sime Darby Convention Center pada bulan Ogos 2016.

Majlis Istiadat Pentauliahan DiRaja Kali ke-35

Image
Pada 20 Ogos 2016 yang lalu, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan perbarisan pentauliahan DiRaja dan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah DiRaja kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam. Istiadat Pentauliahan DiRaja kali yang ke-35 itu telah diadakan di Padang Kawad Universiti Malaya (UM).  Perbarisan ini telah melibatkan Pegawai Kadet PALAPES Darat, Laut dan Udara dari 18 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia. Perbarisan yang melibatkan 1675 orang ini terdiri daripada 774 pegawai kadet lelaki dan 901 pegawai kadet wanita. Baginda Sultan Perak telah menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES yang telah berjaya melalui pelbagai latihan dengan penuh kesabaran, tekun serta tabah dalam usaha untuk menjadi seorang pegawai muda