Posts

Showing posts from 2015

Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet Ambilan 12

Image
Sebelum Pegawai Kadet  pengambilan baharu memulakan perkhidmatan mereka di bawah PASUKAN SIMPANAN (PALAPES) LAUT, satu majlis angkat sumpah akan diadakan bertujuan untuk memastikan segala rahsia-rahsia negara, aktiviti atau sebarang latihan ketenteraan tidak didedahkan, syarat-syarat semasa dalam perkhidmatan tentera dipatuhi dan sebagainya.                   Semasa Majlis Angkat Sumpah, wakil kadet / ketua platun akan mengetuai bacaan ikrar diikuti dengan kadet yang lain di hadapan Pegawai Koordinasi Palapes UPM, LT MOHD SYAHIRUDDIN BIN HAMSIN TLDM. Selepas itu, Pegawai Koordinasi akan menyampaikan beberapa amanat dan ucapan kepada pegawai-pegawai kadet yang telah menempatkan diri mereka secara tidak langsung dalam organisasi ketenteraan. Para jurulatih TLDM dan barisan Pegawai Simpanan yang telah ditauliahkan juga turut serta dalam Majlis Angkat Sumpah. Mereka adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberi tunjuk ajar dan memastikan pegawai k

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Image
PALAPES Universiti Putra Malaysia (Laut) telah menganjurkan sebuah program iaitu Fitness Orientation and Mental Development Exercise atau lebih dikenali sebagai FOMDEX. Program ini secara amnya bertujuan untuk memaksimakan kemampuan mental dan fizikal pegawai-pegawai pelatih. Kawasan latihan yang bertempat di Pusat Latihan dan Rekreasi Berhulu Camp, Jempol Negeri Sembilan merupakan kawasan yang menyediakan aktiviti-aktiviti yang penuh cabaran, seiring dengan objektif program ini.  FOMDEX ini disertai oleh pelatih yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu Senior Midshipmen, Senior Kadet dan Kadet. Program yang mengambil masa selama tiga hari dua malam ini telah diisi sepenuhnya dengan latihan-latihan fizikal dan aktiviti-aktiviti lasak yang lain seperti  Jungle Trekking , Rentas Berhalangan,  Water Frenzy  dan Ikhtiar Hidup. Bagi aktiviti Rentas Halangan pelatih-pelatih ditugaskan untuk mengharungi air secara berpasukan sebelum melalui halangan-halangan seperti  monkey bar  dan  s

Majlis Cocktail Sesi 2015/2016

Image
Cocktail merupakan sebuah majlis  untuk meraikan kedatangan dan kehadiran pegawai kadet yang baru ke dalam sebuah  organisasi keluarga PALAPES UPM LAUT. Cocktail ini telah diadakan pada tanggal 09 Nov  2015. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Jauhari, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia. Kehadiran beberapa VIP PALAPES UPM telah memeriahkan makan malam cocktail 2015. Antara yang hadir adalah Lt Kol. Othman Bin Jailani (Timbalan Komandan, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, UPM) dan Prof. Madya Dr. Mohd Hasmadi Bin Ismailn(Lt. Kdr. PSSTLDM, Pegawai Peringkat/Staf PALAPES UPM (Laut) Pada malam tersebut, setiap peringkat wajib membuat persembahan bagi memeriahkan suasasa. Salah satu persembahan yang dipertontonkan pada malam tersebut ialah dikir barat. selepas tamatnya makan malam cocktail ini sesi bergambar setiap peringkat. Gambar diatas merupakan sebuah gambar  kenangan bersemperna dengan PTI selepas program cocktail.

Ujian Kecergasan Dan Temuduga Pengambilan Kadet Sesi 2015/2016

Image
Ujian kecergasan merupakan aktiviti pertama yang akan dilakukan oleh bakal-bakal kadet bagi menguji tahap kecergasan fizikal dan mental. Antara acara yang dilakukan termasuklah tekan tubi, lari ulang-alik dan lari 2.4 km. Ujian kecergasan bagi pengambilan kadet sesi 2015/2016 telah dijalankan pada 12 September 2015. Sesi temuduga turut dijalankan pada 19 September 2015 bagi menguji tahap keyakinan bakal-bakal kadet. Kedua-dua perkara ini dijalankan di sekitar kawasan Markas PALAPES yang bertempat di KOSASS.