FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

PALAPES Universiti Putra Malaysia (Laut) telah menganjurkan sebuah program iaitu Fitness Orientation and Mental Development Exercise atau lebih dikenali sebagai FOMDEX. Program ini secara amnya bertujuan untuk memaksimakan kemampuan mental dan fizikal pegawai-pegawai pelatih. Kawasan latihan yang bertempat di Pusat Latihan dan Rekreasi Berhulu Camp, Jempol Negeri Sembilan merupakan kawasan yang menyediakan aktiviti-aktiviti yang penuh cabaran, seiring dengan objektif program ini.

 FOMDEX ini disertai oleh pelatih yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu Senior Midshipmen, Senior Kadet dan Kadet. Program yang mengambil masa selama tiga hari dua malam ini telah diisi sepenuhnya dengan latihan-latihan fizikal dan aktiviti-aktiviti lasak yang lain seperti Jungle Trekking, Rentas Berhalangan, Water Frenzy dan Ikhtiar Hidup. Bagi aktiviti Rentas Halangan pelatih-pelatih ditugaskan untuk mengharungi air secara berpasukan sebelum melalui halangan-halangan seperti monkey bar dan swinging rope.

                
Aktiviti Ikhtiar Hidup pula memerlukan para pelatih memasak makanan mentah yang diberikan dalam apa jua cara masakan dengan hanya menggunakan sumber yang terdapat di sekeliling. Antara bahan yang diberikan adalah kelapa, beras dan ikan. Di samping itu juga, aktiviti Jungle Trekking bukan sahaja meningkatkan kekuatan fizikal, tetapi sepanjang pendakian para pelatih turut diberi pengetahuan tentang flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut.


Latihan FOMDEX bertempat di Berhulu Camp, Jempol Negeri Sembilan
Latihan Fizikal
Aktiviti Mencipta Bendera
Swinging Rope

Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13