Annual Continuous Training (ACT) Senior Midshipmen : Fasa 6 2018


5 Feb 2018
Perasaan kami sepanjang perjalanan menuju ke KDSI 1, masih teruja walaupun ini buka kali pertama kami menjalani latihan di sana. Pelbagai jangkaan dan andaian tentang modul dan jadual latihan unuk latihan sepanjang berada di sana nanti. Sebaik habis urusan ke bilik penginapan masing-masing; bangunan Wisma Suria, kami menjalani sesi latihan biasa iaitu ‘Evening Activity’ di stadium sukan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Latihan itu biasa, tetapi diluarbiasakan dengan latihan  bersama-sama anggota dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang lebih menguji ketahanan fizikal dan mental.


6 Feb 2018
Penggunaan rutin alpha di sini memaksa setiap dari kami untuk lebih menepati masa dan percepatkan pergerakan dalam setiap aktiviti. Kami dijadualkan untuk mengadakan lawatan ke Depot Peluru dan Bahan Letupan (NAED) dan Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR) yang bertempat di pangkalan TLDM.  NAED yang mula ditubuhkan pada 10 Jun 1980 di Kem Majidae Johor Bahru berperanan antaranya untuk menyenggara peluru, senjata kecil, misil, torpedo dan juga membuat ujian senjata sebelum penggunaan senjata tersebut. Senjata yang digunakan adalah diimport dari pelbagai negara. Sementara itu, PUSTAKMAR menempatkan unit-unit bagi latihan strategi peperangan seperti Sonar Performance Prediction Sysem(SPPS), Top Table, Tactical Floor, Wargames. Keterujaan kami terhadap pengetahuan-pengetahuan baru yang disampaikan oleh pegawai-pegawai yang terlibat, dimangkin oleh pengalaman merasai sendiri berada di dalam bilik-bilik yang digunakan untuk menyusun strategi peperangan.


7 Feb 2018
Kami menjalani rutin kebiasaannya iaitu Early Morning Activity, sebelum bertolak ke TANGKAS.   Latihan Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA) di sekolah CBRNDC, KD Pelandok dimulakan dengan senaman ringkas dan sesi penerangan. Kami berpeluang mengalami beberapa situasi peperangan melalui simulator; kebuk gas, simulasi kebakaran dan simulasi banjir. Terdapat pelbagai ilmu yang diperolehi mengenai teknik-teknik yang betul, kemahiran, peralatan yang digunakan bagi berhadapan dengan situasi-situasi dalam peperangan tersebut. Kami tidak terlepas dari berasa cemas ketika masuk ke dalam simulator kerana bimbang akan kesan sampingannya.


8 Feb 2018
Lawatan ke Fakulti Kejuruteraan mempamerkan enjin-enjin yang digunakan di dalam kapal termasuklah diesel engine yang berbeza penggunaannya mengikut jenis kapal, sewage system yang menerangkan secara terperinci bagaimana sistem itu berfungsi dan kepentingan sistem tersebut terhadap penghuni kapal, Engine Conrol Room (ECR) yang mengawal seluruh enjin di dalam kapal. Lawatan ke Fakulti Bekalan dan Pengurusan yang bertempat di KD Pelandok agak berbeza kerana mendedahkan kami dengan unit yang antaranya bertanggungjawab untuk sajian makanan menggunakan seni kulinari yang dipelajari. Ini membuka mata kami akan kepentingan setiap unit bagi menyumbang khidmat kepada warga TLDM. Kami turut berpeluang mempelajari seni-seni sajian makanan dan penghotelan. Pada sebelah petang, lawatan ke unit Pasukan Khas Laut (PASKAL) seterusnya memberi kami pengetahuan tentang ikhtiar hidup di dalam hutan. Makan makanan yang dimasak menggunakan bahan-bahan semulajadi di dalam hutan menguji kebersediaan kami jika tersesat di dalam hutan. Pasukan PASKAL membuat perkongsian tentang pelbagai tumbuhan yang boleh dimakan dan tumbuhan yang beracun bagi digunakan ketika situasi ikhtiar hidup seperti asam kandis, senduduk umang dan kamunting.


9 Feb 2018
Kami melakukan persiapan bagi majlis penutupan latihan. Persiapan tempat dan persembahan daripada setiap universiti dijalankan bersama-sama untuk persediaan bagi sesi happy hour. Majlis Request Pleasure of your Company (RPC) membenarkan pegawai dalam latihan untuk bergaul secara santai sesama mereka dan juga pegawai bagi membincangkan pelbagai topik mengenai penglibatan dalam TLDM sambil menikmati juadah istimewa yang disediakan. Sesi happy hour menonjolkan bakat pegawai dalam latihan melalui persembahan yang pelbagai.


10 Feb 2018
Aktiviti utama bagi hari ini adalah Assault Course iaitu aktiviti rempuh halangan. Aktiviti tersebut menguji kami dari pelbagai aspek iaitu ketahanan fizikal dan mental, sikap kebersamaan, berhati-hati dalam  menjalankan sesuatu. Ego dalam diri seseorang itu akan memecahbelahkan ahli kumpulan yang lain seterusnya tidak dapat mencapai matlamat yang ingin dicapai.


11 Feb 2018

Kami meninggalkan KD Sultan Idris 1 pada hari ini dengan penuh rasa hiba, terharu dan bangga. Terharu akan dorongan dan pengetahuan yang dicurahkan oleh pegawai dan jurulatih sepanjang latihan ini. Pegawai-pegawai yang terlibat tidak henti memberikan pengajaran dan kesedaran kepada kami sehingga timbul rasa bangga bergelar pasukan simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia. Segala memori di sini akan kami pahat dalam ingatan sampai bila-bila. 

Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016