Perbarisan Pegawai Memerintah

Perbarisan Pegawai Memerintah atau dikenali sebagai CO (Commanding Officer) Parade telah diadakan pada 20 November 2016 bertempat di KD Sri Klang. Perbarisan Pegawai Memerintah pada kali ini telah dianggotai oleh empat buah kompeni iaitu kompeni Alpha yang terdiri daripada kalangan Pegawai-Pegawai PSSTLDM, kompeni Bravo yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Malaya, kompeni Charlie yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Teknologi Mara dan kompeni Delta yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Putra Malaysia.

Upacara Perbarisan Pegawai Memerintah pada kali ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kepten Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM diiringi oleh Pegawai Laksana KD Sri Klang, Komander Tamreez Kaur a/p Mokam Singh PSSTLDM.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Annual Continuous Training (ACT) Senior Midshipmen : Fasa 6 2018