Navy Welcoming Dinner Sesi 2016/2017

Majlis Navy Welcoming Dinner merupakan majlis tahunan yang diadakan bagi meraikan kemasukan pegawai kadet baru dalam PALAPES (Laut) UPM. Pegawai kadet yang diraikan pada tahun ini adalah terdiri daripada pegawai kadet ambilan 13. Majlis ini telah berlangsung pada 5 November 2016 bertempat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) UPM. Majlis bermula tepat jam 2020H dan dirasmikan oleh Pegawai Koordinasi PALAPES (Laut) UPM, LT Mohd Syahiruddin Bin Hamsin TLDM.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung termasuklah makan berhidang, persembahan pegawai kadet dari setiap peringkat dan perasmian unit media sosial ROTU Navy UPM. Majlis penyampaian hadiah bagi Division Sports turut diadakan pada malam tersebut.


Ucapan dan perasmian LT Mohd Syahiruddin bin Hamsin TLDM


Antara persembahan semasa Majlis Navy Welcoming Dinner sesi 2016/2017

Makan berhidang

Majlis penyampaian hadiah bagi acara Division Sports



Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Annual Continuous Training (ACT) Senior Midshipmen : Fasa 6 2018