Division Sports

Buat julung kalinya, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut Universiti Putra Malaysia telah mengadakan aktiviti Division Sports pada 3 dan 4 November 2016. Aktiviti Division Sports ini merupakan acara sukan yang melibatkan semua anggota PALAPES Laut yang telah dibahagikan kepada empat divisyen iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Zain Alpha dan Zain Bravo. Aktiviti Division Sports ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan Pegawai dalam Latihan di samping mengeratkan hubungan antara semua anggota PALAPES Laut. 

Antara acara yang telah dipertandingkan termasuklah futsal, bola tampar, bola jaring, renang dan larian marathon. Kesemua acara yang dipertandingkan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Divisyen yang telah dinobatkan sebagai juara pertandingan adalah divisyen Thana Alpha.

Acara futsal kategori wanita

Acara futsal kategori lelaki

Acara bola tampar kategori wanita

Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Annual Continuous Training (ACT) Senior Midshipmen : Fasa 6 2018