Posts

Showing posts from 2016

Perbarisan Pegawai Memerintah

Image
Perbarisan Pegawai Memerintah atau dikenali sebagai CO (Commanding Officer) Parade telah diadakan pada 20 November 2016 bertempat di KD Sri Klang. Perbarisan Pegawai Memerintah pada kali ini telah dianggotai oleh empat buah kompeni iaitu kompeni Alpha yang terdiri daripada kalangan Pegawai-Pegawai PSSTLDM, kompeni Bravo yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Malaya, kompeni Charlie yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Teknologi Mara dan kompeni Delta yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Putra Malaysia. Upacara Perbarisan Pegawai Memerintah pada kali ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kepten Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM diiringi oleh Pegawai Laksana KD Sri Klang, Komander Tamreez Kaur a/p Mokam Singh PSSTLDM.

Navy Welcoming Dinner Sesi 2016/2017

Image
Majlis Navy Welcoming Dinner merupakan majlis tahunan yang diadakan bagi meraikan kemasukan pegawai kadet baru dalam PALAPES (Laut) UPM. Pegawai kadet yang diraikan pada tahun ini adalah terdiri daripada pegawai kadet ambilan 13. Majlis ini telah berlangsung pada 5 November 2016 bertempat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) UPM. Majlis bermula tepat jam 2020H dan dirasmikan oleh Pegawai Koordinasi PALAPES (Laut) UPM, LT Mohd Syahiruddin Bin Hamsin TLDM. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung termasuklah makan berhidang, persembahan pegawai kadet dari setiap peringkat dan perasmian unit media sosial ROTU Navy UPM. Majlis penyampaian hadiah bagi Division Sports turut diadakan pada malam tersebut. Ucapan dan perasmian LT Mohd Syahiruddin bin Hamsin TLDM Antara persembahan semasa Majlis Navy Welcoming Dinner sesi 2016/2017 Makan berhidang Majlis penyampaian hadiah bagi acara Division Sports

Division Sports

Image
Buat julung kalinya, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut Universiti Putra Malaysia telah mengadakan aktiviti  Division Sports pada 3 dan 4 November 2016 . Aktiviti Division Sports ini merupakan acara sukan yang melibatkan semua anggota PALAPES Laut yang telah dibahagikan kepada empat divisyen iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Zain Alpha dan Zain Bravo. Aktiviti Division Sports ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan Pegawai dalam Latihan di samping mengeratkan hubungan antara semua anggota PALAPES Laut.  Antara acara yang telah dipertandingkan termasuklah futsal, bola tampar, bola jaring, renang dan larian marathon. Kesemua acara yang dipertandingkan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Divisyen yang telah dinobatkan sebagai juara pertandingan adalah divisyen Thana Alpha. Acara futsal kategori wanita Acara futsal kategori lelaki Acara bola tampar kategori wanita

Upacara Kawad Konvo Sesi 2016/2017

Image
Upacara kawad konvo telah diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-40 Universiti Putra Malaysia.Upacara ini telah berlangsung pada 22 Oktober 2016, bersamaan dengan tarikh permulaan Majlis Konvokesyen ini bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Upacara kawad konvo ini melibatkan anggota PALAPES (Darat) dan PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia. Kekuatan anggota PALAPES yang terlibat dalam upacara ini adalah seramai 98 pegawai dalam latihan serta 2 pegawai muda. Upacara kawad konvo ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Gambar kenangan bagi semua anggota yang terlibat dalam  Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 dirasmikan dengan pemeriksaan barisan  oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kawad Buka Sesi 2016/2017

Image
Pada tarikh 16 Oktober 2016, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan upacara kawad buka sesi. Upacara kawad buka sesi pada kali ini telah diadakan di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia. Upacara ini merupakan acara tahunan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Oleh yang demikian, upacara kawad buka sesi ini melibatkan kedua-dua Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dan Laut. Para pegawai dalam latihan telah dibahagikan kepada empat divisyen iaitu Wira, Sakti, Laksamana dan Kasatria. 

Program Tanam Pokok Anjuran UPM

Image
Pada tarikh 8 Oktober 2016, pihak Universiti Putra Malaysia telah mengadakan aktiviti tanam pokok di sekitar kawasan kampus. Aktiviti ini kebiasaannya disertai di bawah pengawasan pihak kolej dan fakulti. Walaubagaimanapun, pada tahun ini, para pegawai PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia turut mengambil inisiatif untuk menyertai aktiviti ini bagi menunjukkan rasa cinta terhadap alam sekitar di samping memberi sokongan kepada pihak universiti atas program yang dilaksanakan. Aktiviti ini diadakan pada setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengekalkan tumbuh-tumbuhan hijau di muka bumi.  Aktiviti ini turut mengeratkan hubungan antara pegawai dalam latihan. Aktiviti menanam pokok.

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13

Image
Ujian kecergasan dan sesi temuduga adalah antara perkara yang perlu dilalui untuk pengambilan pegawai kadet baru. Ujian kecergasan bagi pengambilan kali ke-13 pegawai kadet PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 10 September 2016 bertempat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Antara ujian yang dilakukan termasuklah larian 4.5 km, bangkit tubi, lari ulang alik dan static jump.  Seterusnya, pegawai kadet ambilan 13 telah melalui sesi temuduga sebanyak dua kali. Sesi temuduga yang pertama telah diadakan di Balai Minda Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) pada 18 September 2016  manakala sesi temuduga kedua telah diadakan pada  10 Oktober 2016 bertempat di Universiti Malaya (UM).

Majlis Comball 2016

Image
Majlis Comball merupakan sebuah majlis makan malam penuh istiadat yang diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai muda (Laut) yang baru sahaja ditauliahkan. Pegawai-pegawai muda beserta pasangan mereka akan menikmati hidangan makan malam dengan penuh etika. Pada tahun ini, pegawai-pegawai muda UPM yang diraikan terdiri daripada anggota PALAPES UPM (Laut) ambilan 10. Tuan rumah bagi Majlis Comball tahun 2016 merupakan Kapal Diraja Sri Klang (KDSK). Majlis Comball tahun 2016 telah berlangsung di Sime Darby Convention Center pada bulan Ogos 2016.

Majlis Istiadat Pentauliahan DiRaja Kali ke-35

Image
Pada 20 Ogos 2016 yang lalu, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan perbarisan pentauliahan DiRaja dan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah DiRaja kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam. Istiadat Pentauliahan DiRaja kali yang ke-35 itu telah diadakan di Padang Kawad Universiti Malaya (UM).  Perbarisan ini telah melibatkan Pegawai Kadet PALAPES Darat, Laut dan Udara dari 18 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia. Perbarisan yang melibatkan 1675 orang ini terdiri daripada 774 pegawai kadet lelaki dan 901 pegawai kadet wanita. Baginda Sultan Perak telah menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES yang telah berjaya melalui pelbagai latihan dengan penuh kesabaran, tekun serta tabah dalam usaha untuk menjadi seorang pegawai muda

Karnival Sukan Palapes Laut (KSPL) 2016

Image
Karnival Sukan PALAPES Laut tahun ini yang telah berlangsung pada 16 dan 17 April 2016 telah diadakan di Universiti Malaya (UM) dan telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, Kapten Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM. Acara sukan tahunan PALAPES Laut di bawah naungan KD SRI KLANG ini disertai empat unit PALAPES (Laut) institusi pengajian tinggi – Universiti Malaya (UM) sebagai tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM) ,Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Laut Malaysia (ALAM). Karnival sukan ini turut disertai warga Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) KD SRI KLANG yang bertanding di dalam lapan acara – larian kampus (road relay), bola tampar, hoki geladak, renang, bola jaring, bola sepak, futsal dan badminton. Karnival Sukan Palapes Laut (KSPL) berperanan untuk merapatkan ukhuwah sesama anggota dan mencungkil bakat warga PALAPES yang mempunyai potensi besar untuk bersaing di peringkat yang lebih global seterusnya mempromosikan

Program Jiwa Murni KD Sri Klang 2016

Image
Program Jiwa Murni 2016 KD Sri Klang telah diadakan pada 14 dan 15 April 2016. Program ini telah dijalankan di dua tempat yang berbeza iaitu di Pulau Ketam dan Teluk Gong, Selangor. Program ini dianjurkan bersempena Hari TLDM ke-82 dan merupakan salah satu medium bagi mendekatkan dan mengukuhkan hubungan antara pihak TLDM dengan masyarakat setempat. Warga Pulau Ketam telah menerima kedatangan kami dengan baik untuk melakukan aktiviti mengecat sekolah dan pintu gerbang Pulau Ketam. SMK Pulau Ketam terutamanya telah mengalami perubahan imej selepas aktiviti mengecat dilakukan. Selain daripada mengecat, aktiviti mengemas pusat sumber sekolah juga telah dilakukan. Manakala aktiviti di Teluk Gong pula ialah aktiviti menderma darah dan ceramah kesihatan dalam usaha meningkatkaan kesedaran masyarakat, warga Teluk Gong khasnya mengenai kepentingan menderma darah serta menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga. Antara harapan pihak KD Sri Klang adalah agar program ini dapat diterusk

Kawad Buka Sesi 2015/2016

Image
Kawad Buka Sesi adalah acara simbolik bagi pembukaan bagi sesi latihan PALAPES. Acara ini melibatkan pegawai dalam latihan dan pegawai muda dari dua bahagian PALAPES UPM iaitu Darat dan Laut. Semasa berlangsungnya kawad buka sesi ini, pegawai-pegawai dalam latihan yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada sesi latihan yang lalu akan diberikan kenaikan pangkat.

Annual Camp Training (ACT) Senior Midshipmen 2016 : Fasa 6

Image
Pada 28 Januari  hingga 5 Februari  2016 yang lepas telah berlangsung selama 9 hari latihan kem tahunan yang melibatkan seramai 184  orang pegawai dalam latihan dari seluruh IPTA di bawah PALAPES Laut Fasa 6 di Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1). Universiti Putra Malaysia telah menghantar seramai 14 orang Senior Midshipment PALAPES UPM (Laut) ambilan 10 yang terdiri daripada 9 lelaki dan 5 perempuan  telah berjaya menamatkan latihan tersebut. Sepanjang latihan tersebut, pegawai dalam latihan telah menghadiri kelas–kelas yang disediakan untuk menambah ilmu pengetahuan secara lebih mendalam tentang TLDM khasnya. Aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan semasa latihan termasuk kelas 'Management and Leadership', senjata, ujian renang, tangkas, 'Water Survival', dan 'Ship Communication'. Tidak ketinggalan juga, pegawai dalam latihan telah diberi peluang merasai sendiri pengalaman belayar bersama KD Mahawangsa 1504 dan Lawatan Asas Tamat Latihan Paskal.

Annual Camp Training (ACT) Fasa 3

Image
Annual Camp Training (ACT) fasa 3 merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dikhususkan kepada bakal pegawai peringkat ‘Senior Cadet’ setelah satu tahun bergiat dalam PALAPES Laut sebelum bergelar Junior Midshipment yang berlangsung di KDSI (Kapal Diraja Sultan Idris), Lumut, Perak. Pelbagai aktiviti yang dilakukan disana semasa ACT berlangsung seperti menembak, tangkas, belayar, latihan fizikal, kawad dan sebagainya. Latihan   ini berlangsung selama dua minggu yang dijalankan pada cuti semester sesi 1 setiap tahun. Latihan ini dapat meningkatkan   ketahanan mental dan fizikal bakal pegawai, memantapkan ilmu-ilmu ketenteraan dan menambah   ilmu-ilmu tentang kelautan. Selain itu, latihan ini juga dapat memupuk sikap tanggungjawab seorang bakal pegawai terhadap sesuatu tugas yang diberikan dan dapat memupuk bakal pegawai tentang ketepatan masa dan cara menguruskannya. Setiap fasa latihan yang dilakukan sangat bermakna dan penting bagi seorang bakal pegawai untuk melatih diri mereka

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

Image
Pada 19 hingga 31 Januari 2016, seramai 35 Pegawai Kadet PALAPES UPM (Laut)  ambilan 12 telah menghadiri latihan kem tahunan fasa 1 di Kapal Diraja Sri Klang (KDSK). Kem yang berlangsung selama 13 hari tersebut turut disertai oleh pegawai kadet daripada Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa kem tersebut seperti latihan menembak, kelas renang, jalan lasak, malam mesra, latihan kawad, early morning activity ( EMA), evening activity (EA), lawatan malam, baris panji-panji, perarakan Maulidur Rasul dan pelbagai lagi kelas-kelas teori yang bermanfaat. Pegawai Kadet UPM ambilan 12 Latihan menembak di lapang sasar Jalan lasak Semasa berlangsungnya aktiviti jalan lasak, pegawai kadet telah diuji dari segi mental dan fizikal melalui beberapa aktiviti physical training (pt) yang harus dilakukan dalam keadaan persekitaran yang mencabar. Antaranya ialah, menyelam di dalam paya, side roll  di atas lumpur, jalan itik serta ba

Program Jiwa Murni Sesi 2015/2016

Image
Jiwa Murni merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia. Program yang wajib diadakan setiap tahun ini merupakan program yang berbentuk aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti yang dijalankan pada sesi 2015/2016 merupakan aktiviti bersama anak-anak gelandangan dari Sekolah Jalinan Kasih. Program ini telah diadakan di Bukit Ekspo dan Muzium Warisan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi  (FBMK), Universiti Putra Malaysia. Selain daripada PALAPES (Laut) UPM, program ini juga turut disertai oleh  warga KD Sri Klang. Program ini secara amnya bertujuan untuk memupuk nilai kasih sayang dalam diri setiap pelatih. Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama sehari. Program Jiwa Murni  ini disertai oleh pelatih yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu Senior Midshipmen , Senior Kadet dan Kadet. Aktiviti di dalam progam ini lebih tertumpu kepada meraikan anak-anak Jalinan Kasih. Mereka juga turut  dibawa melawat muzium di FBMK, UPM.