Upacara Kawad Konvo Sesi 2016/2017

Upacara kawad konvo telah diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-40 Universiti Putra Malaysia.Upacara ini telah berlangsung pada 22 Oktober 2016, bersamaan dengan tarikh permulaan Majlis Konvokesyen ini bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Upacara kawad konvo ini melibatkan anggota PALAPES (Darat) dan PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia. Kekuatan anggota PALAPES yang terlibat dalam upacara ini adalah seramai 98 pegawai dalam latihan serta 2 pegawai muda. Upacara kawad konvo ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Gambar kenangan bagi semua anggota yang terlibat dalam 
Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017

Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 dirasmikan dengan pemeriksaan barisan 
oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah


Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Annual Continuous Training (ACT) Senior Midshipmen : Fasa 6 2018