Posts

Showing posts from October, 2016

Upacara Kawad Konvo Sesi 2016/2017

Image
Upacara kawad konvo telah diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-40 Universiti Putra Malaysia.Upacara ini telah berlangsung pada 22 Oktober 2016, bersamaan dengan tarikh permulaan Majlis Konvokesyen ini bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Upacara kawad konvo ini melibatkan anggota PALAPES (Darat) dan PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia. Kekuatan anggota PALAPES yang terlibat dalam upacara ini adalah seramai 98 pegawai dalam latihan serta 2 pegawai muda. Upacara kawad konvo ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Gambar kenangan bagi semua anggota yang terlibat dalam  Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 dirasmikan dengan pemeriksaan barisan  oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kawad Buka Sesi 2016/2017

Image
Pada tarikh 16 Oktober 2016, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan upacara kawad buka sesi. Upacara kawad buka sesi pada kali ini telah diadakan di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia. Upacara ini merupakan acara tahunan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Oleh yang demikian, upacara kawad buka sesi ini melibatkan kedua-dua Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dan Laut. Para pegawai dalam latihan telah dibahagikan kepada empat divisyen iaitu Wira, Sakti, Laksamana dan Kasatria. 

Program Tanam Pokok Anjuran UPM

Image
Pada tarikh 8 Oktober 2016, pihak Universiti Putra Malaysia telah mengadakan aktiviti tanam pokok di sekitar kawasan kampus. Aktiviti ini kebiasaannya disertai di bawah pengawasan pihak kolej dan fakulti. Walaubagaimanapun, pada tahun ini, para pegawai PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia turut mengambil inisiatif untuk menyertai aktiviti ini bagi menunjukkan rasa cinta terhadap alam sekitar di samping memberi sokongan kepada pihak universiti atas program yang dilaksanakan. Aktiviti ini diadakan pada setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengekalkan tumbuh-tumbuhan hijau di muka bumi.  Aktiviti ini turut mengeratkan hubungan antara pegawai dalam latihan. Aktiviti menanam pokok.

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13

Image
Ujian kecergasan dan sesi temuduga adalah antara perkara yang perlu dilalui untuk pengambilan pegawai kadet baru. Ujian kecergasan bagi pengambilan kali ke-13 pegawai kadet PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 10 September 2016 bertempat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Antara ujian yang dilakukan termasuklah larian 4.5 km, bangkit tubi, lari ulang alik dan static jump.  Seterusnya, pegawai kadet ambilan 13 telah melalui sesi temuduga sebanyak dua kali. Sesi temuduga yang pertama telah diadakan di Balai Minda Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) pada 18 September 2016  manakala sesi temuduga kedua telah diadakan pada  10 Oktober 2016 bertempat di Universiti Malaya (UM).