Posts

Showing posts from November, 2016

Perbarisan Pegawai Memerintah

Image
Perbarisan Pegawai Memerintah atau dikenali sebagai CO (Commanding Officer) Parade telah diadakan pada 20 November 2016 bertempat di KD Sri Klang. Perbarisan Pegawai Memerintah pada kali ini telah dianggotai oleh empat buah kompeni iaitu kompeni Alpha yang terdiri daripada kalangan Pegawai-Pegawai PSSTLDM, kompeni Bravo yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Malaya, kompeni Charlie yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Teknologi Mara dan kompeni Delta yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Putra Malaysia. Upacara Perbarisan Pegawai Memerintah pada kali ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kepten Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM diiringi oleh Pegawai Laksana KD Sri Klang, Komander Tamreez Kaur a/p Mokam Singh PSSTLDM.

Navy Welcoming Dinner Sesi 2016/2017

Image
Majlis Navy Welcoming Dinner merupakan majlis tahunan yang diadakan bagi meraikan kemasukan pegawai kadet baru dalam PALAPES (Laut) UPM. Pegawai kadet yang diraikan pada tahun ini adalah terdiri daripada pegawai kadet ambilan 13. Majlis ini telah berlangsung pada 5 November 2016 bertempat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) UPM. Majlis bermula tepat jam 2020H dan dirasmikan oleh Pegawai Koordinasi PALAPES (Laut) UPM, LT Mohd Syahiruddin Bin Hamsin TLDM. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung termasuklah makan berhidang, persembahan pegawai kadet dari setiap peringkat dan perasmian unit media sosial ROTU Navy UPM. Majlis penyampaian hadiah bagi Division Sports turut diadakan pada malam tersebut. Ucapan dan perasmian LT Mohd Syahiruddin bin Hamsin TLDM Antara persembahan semasa Majlis Navy Welcoming Dinner sesi 2016/2017 Makan berhidang Majlis penyampaian hadiah bagi acara Division Sports

Division Sports

Image
Buat julung kalinya, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut Universiti Putra Malaysia telah mengadakan aktiviti  Division Sports pada 3 dan 4 November 2016 . Aktiviti Division Sports ini merupakan acara sukan yang melibatkan semua anggota PALAPES Laut yang telah dibahagikan kepada empat divisyen iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Zain Alpha dan Zain Bravo. Aktiviti Division Sports ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan Pegawai dalam Latihan di samping mengeratkan hubungan antara semua anggota PALAPES Laut.  Antara acara yang telah dipertandingkan termasuklah futsal, bola tampar, bola jaring, renang dan larian marathon. Kesemua acara yang dipertandingkan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Divisyen yang telah dinobatkan sebagai juara pertandingan adalah divisyen Thana Alpha. Acara futsal kategori wanita Acara futsal kategori lelaki Acara bola tampar kategori wanita