Annual Camp Training (ACT) Senior Midshipmen 2016 : Fasa 6

Pada 28 Januari hingga 5 Februari 2016 yang lepas telah berlangsung selama 9 hari latihan kem tahunan yang melibatkan seramai 184 orang pegawai dalam latihan dari seluruh IPTA di bawah PALAPES Laut Fasa 6 di Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1).

Universiti Putra Malaysia telah menghantar seramai 14 orang Senior Midshipment PALAPES UPM (Laut) ambilan 10 yang terdiri daripada 9 lelaki dan 5 perempuan telah berjaya menamatkan latihan tersebut.

Sepanjang latihan tersebut, pegawai dalam latihan telah menghadiri kelas–kelas yang disediakan untuk menambah ilmu pengetahuan secara lebih mendalam tentang TLDM khasnya. Aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan semasa latihan termasuk kelas 'Management and Leadership', senjata, ujian renang, tangkas, 'Water Survival', dan 'Ship Communication'.

Tidak ketinggalan juga, pegawai dalam latihan telah diberi peluang merasai sendiri pengalaman belayar bersama KD Mahawangsa 1504 dan Lawatan Asas Tamat Latihan Paskal.




Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13