Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

Pada 19 hingga 31 Januari 2016, seramai 35 Pegawai Kadet PALAPES UPM (Laut) ambilan 12 telah menghadiri latihan kem tahunan fasa 1 di Kapal Diraja Sri Klang (KDSK). Kem yang berlangsung selama 13 hari tersebut turut disertai oleh pegawai kadet daripada Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa kem tersebut seperti latihan menembak, kelas renang, jalan lasak, malam mesra, latihan kawad, early morning activity (EMA), evening activity (EA), lawatan malam, baris panji-panji, perarakan Maulidur Rasul dan pelbagai lagi kelas-kelas teori yang bermanfaat.


Pegawai Kadet UPM ambilan 12


Latihan menembak di lapang sasar

Jalan lasak
Semasa berlangsungnya aktiviti jalan lasak, pegawai kadet telah diuji dari segi mental dan fizikal melalui beberapa aktiviti physical training (pt) yang harus dilakukan dalam keadaan persekitaran yang mencabar. Antaranya ialah, menyelam di dalam paya, side roll di atas lumpur, jalan itik serta banyak lagi. Bagaimanapun, pegawai kadet berjaya mengharungi malam tersebut dengan prestasi yang memuaskan.


Pada malam terakhir setelah berada selama hampir dua minggu di KDSK, suatu majlis makan malam iaitu Malam Mesra diadakan dimana pegawai kadet harus membuat persembahan mengikut kumpulan masing-masing. Antara persembahan yang menghiburkan ialah menari, fashion show, dikir barat serta lakonan sketsa.

Comments

Popular posts from this blog

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13