Program Jiwa Murni KD Sri Klang 2016

Program Jiwa Murni 2016 KD Sri Klang telah diadakan pada 14 dan 15 April 2016. Program ini telah dijalankan di dua tempat yang berbeza iaitu di Pulau Ketam dan Teluk Gong, Selangor. Program ini dianjurkan bersempena Hari TLDM ke-82 dan merupakan salah satu medium bagi mendekatkan dan mengukuhkan hubungan antara pihak TLDM dengan masyarakat setempat.

Warga Pulau Ketam telah menerima kedatangan kami dengan baik untuk melakukan aktiviti mengecat sekolah dan pintu gerbang Pulau Ketam. SMK Pulau Ketam terutamanya telah mengalami perubahan imej selepas aktiviti mengecat dilakukan. Selain daripada mengecat, aktiviti mengemas pusat sumber sekolah juga telah dilakukan. Manakala aktiviti di Teluk Gong pula ialah aktiviti menderma darah dan ceramah kesihatan dalam usaha meningkatkaan kesedaran masyarakat, warga Teluk Gong khasnya mengenai kepentingan menderma darah serta menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga.

Antara harapan pihak KD Sri Klang adalah agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. 

Aktiviti mengecat sekolah yang baru bermula

Imej dinding sekolah sebelum, semasa dan selepas proses mengecat dilakukan

Pusat sumber SMK Pulau Ketam sedang dikemas

Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13