Karnival Sukan Palapes Laut (KSPL) 2016

Karnival Sukan PALAPES Laut tahun ini yang telah berlangsung pada 16 dan 17 April 2016 telah diadakan di Universiti Malaya (UM) dan telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, Kapten Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM. Acara sukan tahunan PALAPES Laut di bawah naungan KD SRI KLANG ini disertai empat unit PALAPES (Laut) institusi pengajian tinggi – Universiti Malaya (UM) sebagai tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM) ,Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Laut Malaysia (ALAM).


Karnival sukan ini turut disertai warga Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) KD SRI KLANG yang bertanding di dalam lapan acara – larian kampus (road relay), bola tampar, hoki geladak, renang, bola jaring, bola sepak, futsal dan badminton.




Karnival Sukan Palapes Laut (KSPL) berperanan untuk merapatkan ukhuwah sesama anggota dan mencungkil bakat warga PALAPES yang mempunyai potensi besar untuk bersaing di peringkat yang lebih global seterusnya mempromosikan gaya hidup sihat bagi menjamin tahap kecergasan mental dan fizikal berada dalam keadaan yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13