Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet Ambilan 12

Sebelum Pegawai Kadet  pengambilan baharu memulakan perkhidmatan mereka di bawah PASUKAN SIMPANAN (PALAPES) LAUT, satu majlis angkat sumpah akan diadakan bertujuan untuk memastikan segala rahsia-rahsia negara, aktiviti atau sebarang latihan ketenteraan tidak didedahkan, syarat-syarat semasa dalam perkhidmatan tentera dipatuhi dan sebagainya.


                 











Semasa Majlis Angkat Sumpah, wakil kadet / ketua platun akan mengetuai bacaan ikrar diikuti dengan kadet yang lain di hadapan Pegawai Koordinasi Palapes UPM, LT MOHD SYAHIRUDDIN BIN HAMSIN TLDM. Selepas itu, Pegawai Koordinasi akan menyampaikan beberapa amanat dan ucapan kepada pegawai-pegawai kadet yang telah menempatkan diri mereka secara tidak langsung dalam organisasi ketenteraan. Para jurulatih TLDM dan barisan Pegawai Simpanan yang telah ditauliahkan juga turut serta dalam Majlis Angkat Sumpah. Mereka adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberi tunjuk ajar dan memastikan pegawai kadet baharu ini mendapat latihan yang secukupnya.





Jurulatih Bintara Kanan PAP (GI) MOHAMAD YUSAINI  memberi
beberapa pesanan dan ucapan kepada kadet  baharu. 






     





Ucapan daripada Pegawai Koordinasi LT MOHD SYAHIRUDDIN serta barisan Pegawai simpanan dan jurulatih.

     








Bacaan doa yang diketuai oleh Pegawai Kadet Wan Muhd Afiq.











               Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet Ambilan 12 bertempat di Padang Kawad UPM,
28 November 2015.

Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13