Majlis Cocktail Sesi 2015/2016

Cocktail merupakan sebuah majlis  untuk meraikan kedatangan dan kehadiran pegawai kadet yang baru ke dalam sebuah  organisasi keluarga PALAPES UPM LAUT. Cocktail ini telah diadakan pada tanggal 09 Nov  2015. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Jauhari, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia.



Kehadiran beberapa VIP PALAPES UPM telah memeriahkan makan malam cocktail 2015. Antara yang hadir adalah Lt Kol. Othman Bin Jailani (Timbalan Komandan, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, UPM) dan Prof. Madya Dr. Mohd Hasmadi Bin Ismailn(Lt. Kdr. PSSTLDM, Pegawai Peringkat/Staf PALAPES UPM (Laut)



Pada malam tersebut, setiap peringkat wajib membuat persembahan bagi memeriahkan suasasa. Salah satu persembahan yang dipertontonkan pada malam tersebut ialah dikir barat.


selepas tamatnya makan malam cocktail ini sesi bergambar setiap peringkat. Gambar diatas merupakan sebuah gambar  kenangan bersemperna dengan PTI selepas program cocktail.

Comments

Popular posts from this blog

Annual Camp Training (ACT) : Fasa 1

FOMDEX : Fitness Orientation and Mental Development Exercise 2016

Ujian Kecergasan Dan Sesi Temuduga Pegawai Kadet Ambilan 13