About Us
PALAPES adalah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau ROTU (Reserve Officer Training Unit). Penubuhan PALAPES telah diusahakan oleh Brigadier Jeneral Dato'Abul'As bin Ismail, Pengarah Askar Wataniah dalam tahun 1979.
Beliau telah berusaha menemui Naib-Naib Canselor Universiti dan juga Pengarah ITM bagi merealisikan idea penubuhan pasukan PALAPES negara ini. Secara rasminya PALAPES di UM, UKM, UPM, dan ITM (kini dikenali sebagai UiTM) ditubuhkan pada bulan Februari 1980, PALAPES USM pada Jun 1980, PALAPES UUM pada Mei 1984, PALAPES UTM pada April 1990, PALAPES UMS pada November 1996 dan PALAPES UNIMAS pada Julai 1997.
Pentadbiran PALAPES UPM diketuai oleh Naib Canselor UPM selaku Komandan yang berpangkat Kolonel (Kehormat) dan dibantu oleh Timbalan Komandan serta Ketua Jurulatih, Pegawai Staf(Pensyarah dan pegawai tadbir UPM), Pegawai Tetap (Ajutan dan Pegawai Latih) Jurulatih dan anggota Markas PALAPES UPM. Pegawai dan anggota Markas adalah dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Selain itu, PALAPES Laut ini juga diwujudkan berdasarkan kesedaran dan kepercayaan bahawa para mahasiswa yang berkelayakan boleh dijana menjadi sumber utama modal insan yang bukan sahaja berkelulusan akademik tetapi boleh menyumbang kepada mana-mana organisasi sebagai seorang anggota yang berdedikasi, patriotik dan multi – skilled.
Di samping itu, PALAPES Laut juga memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti ketenteraan selepas tamat pengajian sebagai pegawai di dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM.Penubuhan PALAPES adalah sebagai salah satu program nasional melalui Kementerian Pertahanan yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari IPTA di dalam bidang ketenteraan.Ia juga merupakan sebahagian dari program pertahanan negara dalam menambahkan kekuatan tentera iaitu untuk mencapai nisbah tiga anggota simpanan bagi setiap anggota tetap menjelang tahun 2020.
Comments
Post a Comment